Friday, June 21, 2013

ingatkan sekiranya aku terleka :(

manusia memang tak terlepas dari melakukan dosa setiap hari. sebab tu lah diciptakan ramai manusia di keliling kita utk saling mengingati. bukan ingin terlalu bergantung kepada orang lain. tapi kadang-kadang diri ini memerlukan sebuah ukhuwah yang sentiasa mengingatkan aku saat aku terleka dari mengingati Allah. kadang-kadang diri ini dibiarkan sahaja melakukan dosa. janganlah berdiam diri dan membenci diri ini sekiranya aku ada melakukan dosa yang tidak aku sedari. aku hanya manusia yang lemah. aku ingin membina sebuah ukhuwah yang sama-sama mengingati Allah tak kira di mana pun kita berada. menegur atau mengingati seseorang tu bukan bergantung pada pakaiannya. sesiapa sahaja boleh tegur. tak kiralah org tu tudung labuh ke tudung pendek ke. tapi yang penting kita saling mengingati. janganlah diam seribu bahasa dan membenci diriku dalam diam. maaf sekiranya aku ada melukakan hati sesiapa. sesungguhnya kita adalah bersaudara dan tidak salah untuk menegur kesilapan saudara kita yang lain. 

"Sesungguhnya orang mukminin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" (49:10)

"Demi masa! sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula yang BERPESAN-PESAN dgn KEBENARAN serta BERPESAN-PESAN dengan sabar" (surah Al-Asr)


No comments:

Post a Comment