Wednesday, June 26, 2013

Short Film: COUPLE

salam alaik. aku rasa filem pendek ni sgt bermanfaat. insha Allah, semoga mendapat ibrah dari filem ni. 10 episod semua ada dlm playlist. kalau nak tgok boleh pause lagu blog kat bawah tu haa.
selamat mononton :)

Friday, June 21, 2013

ingatkan sekiranya aku terleka :(

manusia memang tak terlepas dari melakukan dosa setiap hari. sebab tu lah diciptakan ramai manusia di keliling kita utk saling mengingati. bukan ingin terlalu bergantung kepada orang lain. tapi kadang-kadang diri ini memerlukan sebuah ukhuwah yang sentiasa mengingatkan aku saat aku terleka dari mengingati Allah. kadang-kadang diri ini dibiarkan sahaja melakukan dosa. janganlah berdiam diri dan membenci diri ini sekiranya aku ada melakukan dosa yang tidak aku sedari. aku hanya manusia yang lemah. aku ingin membina sebuah ukhuwah yang sama-sama mengingati Allah tak kira di mana pun kita berada. menegur atau mengingati seseorang tu bukan bergantung pada pakaiannya. sesiapa sahaja boleh tegur. tak kiralah org tu tudung labuh ke tudung pendek ke. tapi yang penting kita saling mengingati. janganlah diam seribu bahasa dan membenci diriku dalam diam. maaf sekiranya aku ada melukakan hati sesiapa. sesungguhnya kita adalah bersaudara dan tidak salah untuk menegur kesilapan saudara kita yang lain. 

"Sesungguhnya orang mukminin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" (49:10)

"Demi masa! sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula yang BERPESAN-PESAN dgn KEBENARAN serta BERPESAN-PESAN dengan sabar" (surah Al-Asr)


Thursday, June 20, 2013

al-quran penolong kita


sudahkah kita membaca al-quran? berapa kali sehari? tak payah sehari. dalam seminggu berapa kali baca al-quran? haa?? sebulan sekali? okay. ini parah. kesian al-quran tu. jangan biarkan dia berhabuk mcm tu. sebab al-quran lah yang akan tolong kita waktu kita kat kubur nnt. dia lah yang akan menerangi kubur kita. dia lah yg akan jadi bukti utk kita terlepas dari siksa kubur. bukan kat kubur je. sampai ke akhirat al-quran akan tolong kita. subhanallah. sungguh suci dan agungnya ayat-ayat Allah ni. kalau tak dapat baca banyak2 pun, dalam satu hari tu satu page pun kira okaylah. actually 1 ayat 1 hari pun dah kira okay bagi orang yang mmg dah malas tahap dewa. tu kira okay daripada kita malas baca. betul tak? so, anggaplah baca al-quran ni mcm makan nasi. tiap-tiap hari kita nak makan nasi. mcm tu jugak baca al-quran. makan nasi pun tak cukup, kena lah ada lauk  yg sedap-sedap. so, bila dah baca al-quran tu, fahamilah ayatnya dgn membaca maknanya sekali dan paling penting bila dah baca haruslah dipraktikkan. so, renung-renungkan. dan selamat beramal! :D

*peringatan utk diri sendiri juga yang selalu terleka*


Wednesday, June 19, 2013

salah ke bercinta?

tak salah pun. cuma bercinta tu biarlah berpada. zaman sekarang ni cinta sering disulami dgn nafsu. biasanya bila bercinta dgn org bukan muhrim ni lain mcm sikit. nafsu tu lebih dari cinta. sebab tu lah seelok-eloknya jangan sesekali terjebak dengan couple-couple ni. ada yang cakap, "alaa. couple mcm tu je pun. bukan buat apa-apa pun" serious ke? takde pegang-pegang? betul? don't lie my friend. mesti ada pegang-pegang. trust me.

siapa yang taknak bercinta? tipu kalau taknak bercinta. dalam diri masing-masing mesti ada rasa. bila masuk umur 20-an ni mula la masing-masing nak cari pasangan SERIUS utk jadi teman hidup. hehe. boleh je kalau nak ada perasaan cinta dgn orang yang kita suka. tapi bagi aku biarlah simpan dalam hati. biar Allah sahaja yang aturkan. biar cinta tu tersimpan bila dia betul-betul ada ikatan sah dengan kita. gittuuww. hehe. tipu la kalau sekarang takde mood nak kahwin. semua akan rasa. tapi biarlah berpada-pada. fokus apa yang ada dulu. selagi jodoh belum sampai, selagi tu la kita siap-sediakan diri ni dulu sebelum ada hubungan dgn manusia. apa dia siap sedianye? persediannya ialah sentiasa betulkan hubungan dgn Allah dulu. selagi tak betul hubungan dgn Allah, mcm mana nak jaga anak dara org der. mcm mana nak jadi isteri solehah kak oi. hehe. tapi setakat ni kena fokus lah dekat pelajaran ye. apa-apa pun, simpan rapi2 si dia dalam hati awak tu. sambil tu berdoa lah sama ada si dia tu betul-betul baik tak utk kita. sesungguhnya cinta selepas nikah tu lebih indah kerana sentiasa diberkati oleh Allah. ececeh. hee :)

comel kan? *batuk kecil*

p/s: apa-apa pun kita kena bersiap sedia utk hadapi kematian. kerana mati itu pasti. erk? *nangis*

Tuesday, June 18, 2013

Bercuti-cutian

syukur alhamdulillah. tamatlah sudah final exam utk semester 4 yang sememangnya tough dan penuh cabaran. seriously, setakat ni second year adalah tahun yg sgt mencabar. ni baru 2nd year. kalau 3rd year? Allah sahaja yg tahu. yang penting apa yang telah dilalui tu biarlah pergi. mari kita pandang ke hadapan. cuti pun dah bermula. bila cuti dah mula, maka semakin dekat lah bulan ramadhan. sudahkah kita bersedia utk bulan yg penuh barakah tu? tak payah kite lah. senang cakap aku ni ha. dah sedia kah? jeng jeng jeng. sumpah belum sedia. puasa sunat pun mcm biskut. mutabaah amal dah ke laut. hukhuk. apa nak jadi ni. so, sama-samalah kita manfaatkan cuti kita. lagi-lagi masa bulan ramadhan. time tu lah nak kumpul pahala banyak-banyak utk recover dosa yang tak terkira banyaknya. uhuk uhuk. terbatuk pulak.



gambar ni kredit utk @afiqahshukri. subjek sem 4 sumpah tough2. kecuali mgm dgn fisio. tapi nasib baik last payperr tu takdelah sesusah masa test 1. alhamdulillah. even rasa mcm kelat jugak hati bila teringat cara aku jawab exam masa tu, aku tetap nak cakap yang aku tersangatlah happy bila sem ni dah habis. *lompat*


MAMPUKAH? *nangis*