Tuesday, May 27, 2014

Salam. Lama sudah tak jenguk blog ni. Rasanya mmg takde yg baca. Alhamdulillah. Hehe. Sbbnya blog ni gedik sikit. Suka sgt post entry luahan hati. Memandangkan takde siapa yg baca blog ni, boleh la nak cerita lebih sikit kan. Kalau ada yg baca, halal je lah. Hope boleh simpan rahsia ni. Haha. Byk sgt dugaan sepanjang sem ni. Entahlah. Buat masa sekarang ni aku rasa down sgt. Sampai kerja byk tak siap. Lepas tu kena interview rayuan utk stay kolej. Masalah dgn certain classmate. Aku tak tau kenapa ujian aku ni bertimpa2. Satu lg yg aku susah nak elak, ttg perasaan dan hati. Aku tak tau la benda ni disebabkan faktor umur yg makin meningkat or diri aku sendiri yg tak pandai control. Aku ni pernah dilukai. Yes aku susah nak percaya lelaki lepas apa dah jadi before ni. Nightmare tu akhirnya jd kenyataan. Tapi aku mcm tak serik. Aku boleh pulak tersuka dgn classmate sndiri. Aku tak tau la apa perasaan dia. Sbb tak declare apa pun. Aku cuba buang perasaan tu sbb aku takut kalau aku suka dia tu cuma nk buat aku hilang rasa sedih je. Entahla. Aku mmg suka dia. Aku ada rasa cemburu. Kdg2 rasa mcm aku ni gila ke apa. Come on. Tu perasaan main2 je. Tapi dah lama gak aku cuba buang. Tapi tak boleh gak. Hish. Mengganggula. Benda ni la buat hati jd gelap. Aku sendiri ragu2 dgn perasaan aku sendiri. Huh. His name is starting with K. Hati berbunga je bila dgr nama dia. Hish. Betul ke aku suka dia ni. Ke perasaan main2 je ni. Aku tak suka la perasaan ragu2 mcm ni. Aku perlukan jawapan utk semua ni. Adakah aku perlu teruskan rasa suka ni or aku move one je. Haiih. Mohon syaitan2 semua berhento ganggu perasaan aku. Huh. Kau bisik apa kt hati aku ni sampai pikir benda tak berfaedah. Okayla. Sampai sini dulu. Bye :)

Friday, January 17, 2014

sama tapi tak serupa

actually, ni entry perasan lebih je. tapi hakikatnya aku takdelah perasan sgt pun, cuma org lain je perasan yg kata aku ada iras-iras dua selebriti ni. so, aku pun jadi lah perasan balik. aku belek-belek balik muka aku, ada sikit je kot. takdelah sama sgt pun. depa ni lagi cun kot!



setelah dibanci secara rambang, dari sekolah sampai la ni, ramai kata muka aku mcm heliza. tapi ada lah dlm 20% org kata muka aku mcm puteri sarah. tapi bersyukur jugak lah, depa kata aku ada iras muka dua2 artis ni. sbb apa? sbb dua2 ni cantik. walaupun takdelah 100% sama, tapi dapat la sikit auranya kan. hehe. tapi kan, dkt kolej aku ada yg iras 100% izara aishah. tapi ni 'izara' versi islamic la. lagi cun dari izara yg sebenar. ada gak budak vet yg iras neelofa. lagi hot! lepas tu budak asasi dulu ada sorang muka sebijik mcm diana rafar. ramai jugak muka yg mcm artis rupanya kat upm ni. haha!
okay, itu sahaja entry perasan gila dari aku. wasalam~

NI ORANG KATA, BUKAN AKU KATA. HAHAHA!

Monday, July 8, 2013

Acah-acah belajar bahasa jepun

salam alaik. haiih. bila dah cuti rasa bosan pulak. bila tak cuti, tak sabar-sabar nak cuti. so, projek minggu ni adalah belajar bahasa jepun. pelik bebenor. sejak bila entah ada hobi macam ni. kebosanan tahap maksimum dah sebab novel-novel semua dah habis dibaca. then tak tau nak buat apa dah. so, daripada buang masa baik aku belajar benda yang aku tak pernah belajar. belajar basic japanese je la. actually bahasa jepun memang susah. sebab dia takde specific alphabet mcm kita. ada 'abc' semua tu. tapi kalau utk bahasa jepun, dia ada 3 jenis character sets. hiragana, katakana & kanji. ketiga-tiga sets ni saling bergantung. tapi main character sets utk japanese adalah hiragana. tp katakana & kanji pun penting jugak. katakana ni digunakan utk foreign words. kanji ni pun biasa guna jugak. gaya tulisan dia mcm chinese sikit. haa..itulah serba sedikit basic yang aku belajar. alhamdulillah.. sekurang-kurangnya ada jugak ilmu yang masuk waktu cuti ni even sikit. huhu

haa. siap print lagi! haha. yg aku tngah belajar sekarang ni ialah tulisan 'hiragana'.



Sunday, July 7, 2013

Ramadhan kembali!

insha Allah semoga dipanjangkan umur untuk menyambut ramadhan tahun ni. jom warming up dulu.
 ahlan wasahlan ya ramadhan :)


Wednesday, June 26, 2013

Short Film: COUPLE

salam alaik. aku rasa filem pendek ni sgt bermanfaat. insha Allah, semoga mendapat ibrah dari filem ni. 10 episod semua ada dlm playlist. kalau nak tgok boleh pause lagu blog kat bawah tu haa.
selamat mononton :)

Friday, June 21, 2013

ingatkan sekiranya aku terleka :(

manusia memang tak terlepas dari melakukan dosa setiap hari. sebab tu lah diciptakan ramai manusia di keliling kita utk saling mengingati. bukan ingin terlalu bergantung kepada orang lain. tapi kadang-kadang diri ini memerlukan sebuah ukhuwah yang sentiasa mengingatkan aku saat aku terleka dari mengingati Allah. kadang-kadang diri ini dibiarkan sahaja melakukan dosa. janganlah berdiam diri dan membenci diri ini sekiranya aku ada melakukan dosa yang tidak aku sedari. aku hanya manusia yang lemah. aku ingin membina sebuah ukhuwah yang sama-sama mengingati Allah tak kira di mana pun kita berada. menegur atau mengingati seseorang tu bukan bergantung pada pakaiannya. sesiapa sahaja boleh tegur. tak kiralah org tu tudung labuh ke tudung pendek ke. tapi yang penting kita saling mengingati. janganlah diam seribu bahasa dan membenci diriku dalam diam. maaf sekiranya aku ada melukakan hati sesiapa. sesungguhnya kita adalah bersaudara dan tidak salah untuk menegur kesilapan saudara kita yang lain. 

"Sesungguhnya orang mukminin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" (49:10)

"Demi masa! sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula yang BERPESAN-PESAN dgn KEBENARAN serta BERPESAN-PESAN dengan sabar" (surah Al-Asr)


Thursday, June 20, 2013

al-quran penolong kita


sudahkah kita membaca al-quran? berapa kali sehari? tak payah sehari. dalam seminggu berapa kali baca al-quran? haa?? sebulan sekali? okay. ini parah. kesian al-quran tu. jangan biarkan dia berhabuk mcm tu. sebab al-quran lah yang akan tolong kita waktu kita kat kubur nnt. dia lah yang akan menerangi kubur kita. dia lah yg akan jadi bukti utk kita terlepas dari siksa kubur. bukan kat kubur je. sampai ke akhirat al-quran akan tolong kita. subhanallah. sungguh suci dan agungnya ayat-ayat Allah ni. kalau tak dapat baca banyak2 pun, dalam satu hari tu satu page pun kira okaylah. actually 1 ayat 1 hari pun dah kira okay bagi orang yang mmg dah malas tahap dewa. tu kira okay daripada kita malas baca. betul tak? so, anggaplah baca al-quran ni mcm makan nasi. tiap-tiap hari kita nak makan nasi. mcm tu jugak baca al-quran. makan nasi pun tak cukup, kena lah ada lauk  yg sedap-sedap. so, bila dah baca al-quran tu, fahamilah ayatnya dgn membaca maknanya sekali dan paling penting bila dah baca haruslah dipraktikkan. so, renung-renungkan. dan selamat beramal! :D

*peringatan utk diri sendiri juga yang selalu terleka*